JDT Blogger Team

# Join JDT Blogger 

Makluman: 📢Sesiapa sahaja warganegara Malaysia yang bermastautin di Johor. Anda memenuhi kriteria berikut? dan anda seorang Blogger, syarat-syaratnya mudah anda cuma perlu berblogging dan blog anda sentiasa aktif dan bukan hanya sekadar berbelog celam-celum sebulan dua lepas tu blog terbiar bersawang. Blogger juga adalah anak jati Johor yang menetap di Johor. Kepada blogger yang bukan anak jati Johor pun layak juga menyertai JDT Blogger tetapi dengan syarat anda menetap di Johor walaupun bukan ic Johor.

JDT Blogger

Ingin review tentang apa yang disebut kat bawah yang berlaku sekitar negeri Johor, anda boleh mewakili mana-mana daerah dan kawasan di seluruh negeri Johor, asalkan anda berminat untuk berkongsi atau sharing maklumat seperti: 
  • Event/ Acara
  • Food/ Makanan
  • Review/ Ulasan
  • Travel/ Pelancongan
  • CSR/ Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Press Release/ Siaran Akhbar 
Kedudukan daerah-daerah negeri Johor | maklumat sumber
Templat: Gambar peta Johor 
Pembahagian Daerah Negeri Johor

👉Johor terbahagi kepada 10 daerah (merujuk kepada portal rasmi kerajaan negeri Johor) seperti berikut:

Daerah Johor Bahru جوهور بهرو
Daerah Kulaijaya كولاي جاي
Daerah Pontian ڨونتيان
Daerah Kota Tinggi كوتا تيڠڬي
Daerah Kluang كلواڠ
Daerah Segamat سڬامت
Daerah Muar موار
Daerah Batu Pahat باتو ڨاهت
Daerah Mersing مرسيڠ
Daerah Ledang ليدÚ