TV Digital MyFreeView di Malaysia
Tahukah Anda?Kerajaan sedang dalam proses memindahkan sistem penyiaran analog yang sedia ada kepada siaran digital. Untuk menikmati siaran digital, anda memerlukan dekoder DVB-T2 atau TV digital (IDTV) yang dilengkapi dengan penala digital (digital tuner). Sila semak di laman web: MyFreeView
Kelebihan Siaran Digital myFreeview
Imej lebih jelas dengan resolusi lebih tinggi
Audio yang berkualiti tinggi
Penambahan perkhidmatan dan saluran TV
Tanpa bayaran bulanan
Cara mengakses Siaran Digital myFreeview
Cara 1: Dekoder
-Set TV biasa
-Dekoder DVB-T2
-Aerial UHFSambungkan dekoder DVB-T2 ke TV menggunakan kabel AV/HDMI dan aerial UHF pada terminal aerial TV anda.
Cara 2: IDTV
-IDTV
-Aerial UHFSambungkan aerial UHF pada terminal aerial IDTV anda
Set TV lama memerlukan dekoder DVB-T2 untuk menonton Siaran Digital myFreeview sekiranya.
Senarai saluran Digital yang ditawarkan adalah seperti berikut:1. TV1
2. TV23. TV3
4. RTM HD SPORT5. NTV7
6. 8TV7. TV9
8. BES9. OKEY
10. BNC (Bernama News)11. Al-Hijrah
Aerial Luaran
Pilihan terbaik kerana boleh menerima isyarat dengan stabil sekiranya dihala tepat ke arah pemancar berhampiran. Penggunaan alat “booster” tidak disarankan kerana boleh menggangu penerimaan Siaran Digital myFreeview.
Aerial dalaman boleh menerima isyarat daripada pemancar terdekat, bagaimanapun sukar menerima siaran sekiranya terdapat halangan fizikal seperti gunung, bukit, hutan dan bangunan tinggi.
Sebab sebenarnya ramai yang tak tahu, dalam kalangan yang dapat bayaran bantuan sara hidup bsh layak juga untuk menerima satu lagi hadiah melalui mytv percuma semakan 2019.
Kepada yang masih lagi menggunakan siaran analog, ok... inilah masa untuk anda bertukar kepada siaran digital.
Sangat sesuai dengan perkembangan teknologi hari ini dan hasrat kerajaan yang mahu meletakkan negara ke arah siaran digital sepenuhnya di seluruh negara. Dengan siaran digital, banyak kelebihan yang anda boleh terima.
Antaranya ialah, siaran TV lebih jelas dan berkualiti, tawaran channel yang lebih banyak untuk anda tonton secara PERCUMA dan FREE dan banyak lagi kelebihan untuk anda melalui signal yang dipancarkan Ultra High Frequency (UHF) menerusi pemancar yang diletakkan di tempat tempat di seluruh Malaysia.