Mira Filzah Antara Aktress Pelakon Popular Malaysia

Mira Filzah: Artis Popular Malaysia

Mira Filzah Antara Aktress Pelakon Popolar Malaysia
Image Source: Pinterest

Kenapa tiba-tiba pulak pagi ini nak berkongsi sedikit sebanyak tentang Selebriti, Pelakon, Aktress dan banyak lagi gelaran yang diberikan pada mereka yang dipanggil artis ini. Mungkin ingin mempelbagaikan keyword carian dan juga kaedah membina Backlink (External) untuk carian Google. Dibawah ini serba ringkas saya kongsikan tentang seorang insan bernama Mira Filzah ini:


Biodata: Nur Amirah Filzah Badioezaman (lahir 2 April 1993) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan usahawan wanita Malaysia. Menjadi antara artis wanita yang terlaris di Malaysia. Antara drama terkenal lakonan beliau ialah Eksperimen Cinta (2015), Cinta Si Wedding Planner (2016), Meh Sandar Pada Aku (2017), Pujaan Hati Kanda (2018-2019), Lelaki Kiriman Tuhan (2018-2019), Sweet Dreams (2019), Adellea Sofea (2019–2020) dan Bidadari Kiriman Tuhan (2020). Sila semak di Blog Mira Filzah

Filem lakonan beliau termasuk Rise: Ini Kalilah (2018) dan Sangkar (2019). Selain berlakon, beliau juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, Mora Essential yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya dan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF Shawls. South China Morning Post telah menyifatkan beliau sebagai "Malaysia's ultimate girl's next door". Rujuk juga di Instagram Mira Filzah.

Mira Filzah Antara Aktress Pelakon Popolar Malaysia
Image Source: NST.com.my

Sejarah Latar Belakang: Mira Filzah dilahirkan pada 2 April 1993 di Ipoh, Perak. Beliau ialah anak kedua daripada tiga beradik kepada pasangan Faziatul Akmar Hisan dan Badioezaman Ab Khalik. Adik bongsunya ialah Aina Fadhilah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan merupakan lulusan dalam perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Semak juga di Pinterest.

Mira Filzah Antara Aktress Pelakon Popolar Malaysia
Image Source: Pinterest


Mira Filzah juga memenangi Anugerah MeleTOP Era 2016 sebagai Artis Baharu MeleTOP dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 sebagai Artis Baharu Wanita Popular.  Pada tahun 2019, menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32, Mira  memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular serta Gandingan Serasi Drama bersama Remy Ishak untuk drama Pujaan Hati Kanda. Beliau juga telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular  dengan undian peminat iaitu sebanyak 6,320 463 undi. Semak juga di Twitter Mira Filzah.

Mira Filzah Antara Aktress Pelakon Popular Malaysia
Image Source: Pinterest